Perkembangan Kebajikan Haiwan Di Malaysia (AKH 2015)

Dr. Razlina Raghazali

Dr. Razlina Raghazali

Jilid 5 No 2

Di peringkat antarabangsa, kebajikan haiwan telah menjadi satu topik penting untuk pembangunan perundangan dan perdagangan antarabangsa. Ia merupakan satu bidang yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai disiplin yang menggabungkan perkara-perkara yang berkait-rapat dengan etika sosial dan falsafah, ekonomi, pertanian, persepsi masyarakat dan sains. Secara umumnya, ia merujuk kepada kualiti hidup haiwan yang melibatkan pelbagai elemen yang berbeza seperti kesihatan, kebahagiaan dan kebolehannya untuk beradaptasi dengan keadaan persekitaran.