Perlukah Makanan Ternakan Diuji

Pn. Norlindawati Abd. Pateh

Pn. Norlindawati Abd. Pateh

Jilid 4 No 2

Makanan adalah pelbagai bahan yang berasal dari tumbuhan, haiwan atau sumber lain, yang dimakan oleh organisma dengan tujuan menyediakan sokongan keperluan nutrisi tubuh. Asasnya, komponen nutrien asas makanan adalah karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin dan air yang diserap dalam pelbagai bentuk yang boleh digunakan. Setelah makanan dimakan, ia dicerna, diserap dan digunakan oleh tubuh untuk memelihara dan memperbaiki tisu badan, meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan, memberi tenaga, untuk pembiakan dan semua proses penting tubuh melalui pembesaran nutrien oleh makanan.