Polymerase Chain Reaction (PCR) ? Kunci Kepada Pengujian Diagnostik

Nur Hasmi Abdul Multalib & Afiqah Fasihah Abdul Rahim

Nur Hasmi Abdul Multalib & Afiqah Fasihah Abdul Rahim

Jilid 6 No 1

Pada awal tahun 2020, Malaysia telah digemparkan dengan kemunculan satu wabak yang menjadi ancaman kesihatan besar kepada kesihatan awam dan menjejaskan pelbagai industri, termasuklah industri pentermakam di Malaysia. Wabak ini telah dikenal pasti berpunca daripada sejenis Virus Corona (CoV) yang berpotensi menyebabkan jangkitan salur pernafasan akur dan telah dinamakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai COVID-19. Dengan tularnya wabak COVID-19, istilah Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) telah mula dikenali dalam kalangan masyarakat sejagat. RT-PCR atau juga dikenali sebagai Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Transkripsi merupakan satu kaedah pengujian menggunakan teknik molekular diagnostik. Kaedah ini menjadi kaedah pengujian awal yang wajib bagi mengenalpasti individu yang telah dijangkiti COVID-19. Jadi, mari kita kenali, apa itu PCR dengan lebih dekat.