Portal Penyelidikan ? Gerbang Penyaluran Maklumat Penyelidikan Veterinar

Fakhrulisham Razali, Mohamad Masrin Azami, Sharil Azwan Mohd Zain & Farid Zamani Che Rose

Fakhrulisham Razali, Mohamad Masrin Azami, Sharil Azwan Mohd Zain & Farid Zamani Che Rose

Jilid 6 No 1

Portal penyelidikan merupakan laman web yang menjadi pusat sehenti (one stop center) digital untuk dimanfaatkan oleh warga maya bagi mendapatkan maklumat berkaitan bidang penyelidikan veterinar DVS.

Portal ini mula dibangunkan pada tahun 2018 untuk menjadi sumber rujukan utama dalam menyampaikan maklumat penyelidikan veterinar di DVS serta menggalakkan budaya perkongsian pengetahuan dan hasil penyelidikan melalui pelbagai kaedah komunikasi yang strategik dan berkesan selari dengan perkembangan semasa.

Portal ini boleh diakses secara global melalui alamat sesawang (url) http://research.dvs.gov.my/ secara percuma dan tanpa pendaftaran pengguna.