Dr. Syed Zulkifli Syed Zainulabidin
Jilid 5 No 3
Setiap hari, kita disajikan dengan makanan lazat yang pelbagai dengan menggunakan bahan mentah utama, iaitu daging. Proses menyediakan bahan mentah asas ini memerlukan pemantauan yang teliti bagi memastikan daging adalah suci, bersih dan selamat untuk dimakan oleh pengguna. Ianya merupakan suatu proses panjang bermula sebelum ternakan dibawa ke rumah penyembelihan lagi sehinggalah ia dibersihkan menjadi karkas yang sesuai untuk penjualaan. Di Malaysia, terdapat rumah penyembelihan yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan rumah penyembelihan swasta yang dilesenkan oleh kerajaan. Kewujudan rumah penyembelihan ini adalah bagi penternak menyembelih ternakan serta memastikan ternakan yang disembelih terjaga daripada segi kebajikannya.