pre-loader

Research Article Library

Find Your Article

flower

Residu Drug Veterinar Dalam Makanan

Share Now

Marni Sapar, Dr Marzura Md Rodzi, Faridah@Faridzah Ismail, Khairunnisak Mohsin dan Suhaimi Dollah

Segala bentuk ancaman penyakit terhadap haiwan ternakan perlu diberi perhatian kerana ancaman tersebut bukan sahaja boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia malah menjejaskan pengeluaran hasil ternakan khasnya pengeluaran hasil ternakan secara komersial. Oleh itu, perlindungan terhadap sumber makanan rakyat Malaysia ini perlu dilakukan untuk memastikan hasil ternakan tersebut tidak memudaratkan kesihatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana risiko ancaman penyakit terhadap haiwan ternakan adalah lebih tinggi kerana keadaan iklim tropika dan tahap kelembapan yang tinggi di Malaysia yang memudahkan lagi penularan wabak. Penternak perlu melaksanakan langkah awal dengan memulakan konsep pencegahan melalui penggunaan drug seperti antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman yang serius terhadap haiwan ternakan. Penggunaan drug veterinar diharapkan dapat memastikan kesihatan haiwan ternakan terjamin seterusnya sumber makanan daripada haiwan ternakan itu akan lebih selamat. Secara tidak langsung, usaha ini juga dapat membantu penternak mengurangkan kos pengeluaran. Namun, langkah pencegahan yang dilakukan terhadap haiwan ternakan itu masih terdapat risikonya yang tersendiri seperti isu drug residu dan AMR.

File Type: pdf
Categories: Penyelidikan Kesihatan Awam Veterinar
Tags: KAV