Rumen: Kepentingan Mikroorganisma Dalam Rumen

Dr. Lai Shu Zan

Dr. Lai Shu Zan

Jilid 4 No 1

Lembu adalah sejenis haiwan yang dikelaskan sebagai ruminan kerana mempunyai keupayaan untuk meluahkan makanan semula dalam bentuk gumpalan atau bolus selepas pencernaan separa makanan telah berlaku di dalam retikulum dan rumen. Salah satu keunikan ruminan adalah haiwan di bawah kategori ini mempnyai perut yang mempunyai empat bahagian untuk membantu dalam pencernaan dan penghadaman makanan.