Semen Beku Ternakan Baka Berkualiti Keluaran Tempatan

Suriaty Ramli & Roslina Awang

Suriaty Ramli & Roslina Awang

Jilid 5 No 2

Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang penternakan, semen merupakah istilah yang biasa didengari. Namun, tidak bagi mereka yang luar daripada bidang penternakan. Dari segi istilah, semen atau air mani merupakan cairan tubuh yang dikeluarkan oleh kemaluan jantan hasil daripada rangsangan syahwat. Semen mengandungi spermatozoa (benih) dan proses pengeluarannya disebut sebagai proses pancutan atau ejakulasi.