SERANGGA SEBAGAI SUMBER PROTEIN ALTERNATIF

NORFADZRIN F.*,,Haryani h1.,nurzillah m.1, azman a.1, syed hussien s.a2

NORFADZRIN F.*,,Haryani h1.,nurzillah m.1, azman a.1, syed hussien s.a2

Serangga tergolong dalam kumpulan Arthropoda. Ia diketahui umum mengandungi nilai nutrisi yang tinggi dan boleh menjadi salah satu sumber protein dalam industri ternakan poultri, akuakultur dan ikan hiasan. Banyak kajian yang telah dijalankan di serata dunia dan mengesahkan bahawa serangga mengandungi kandungan protein yang tinggi. Penyelidikan saintifik telah membuktikan serangga kaya dengan protein namun masyarakat malaysia masih menganggapnya sebagai makanan eksotik dan primitif. Bagi tidak mensia-siakan kandungan protein di dalam serangga ini, kandungannya sebagai pelengkap nutrsi ternakan dilihat lebih bersesuaian dan diterima oleh masyarakat tempatan. Sebagai contoh cengkerik yang sememangnya kaya dengan dengan zat protein, amino asid yang berkualiti dan mudah untuk dicerna. Kandungan asid amino yang lengkap seperti liasina, arginina, glisina dan sisteina dipercayai dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan haiwan poltri khususnya ayam. Kehadiran asid lemak omega-3 dan omega-6 yang cukup tinggi juga dapat meningkatkan kesuburan, penghasilan telur komersial serta kualiti daging dan telur ayam.