Irdayu, H., Ahmad Shafri, H.,Jumaiza Mizwa,M.T., Summah, K., Norhaidayah, J. & Nurhayati, M.Y.
?Mengikut kepada keadaan semasa, makanan untuk ternakan poltri khususnya meningkat naik daripada RM 50 kepada hampir RM 100 bagi 50kg dedak jagung. Kos makanan ternakan meliputi 70% daripada kos keseluruhan yang diperlukan penternak di Malaysia. Bahan sisa makanan adalah alternatif lain yang boleh digunakan sebagai sumber bahan makanan ternakan. Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) kumbahan sisa pepejal meningkat 25,000 tan sehari bagi tahun 2012, 45 % daripadanya adalah makanan terbuang. Situasi seperti ini boleh dihentikan dengan segera. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan pengolahan dan penggunaan sumber makanan terbuang ini menjadi sumber makanan ternakan.?