Tekanan Haba Pada Lembu Tenusu

Nurul Aini Mohd Yusof & Muhammad Ali Hanapiah Ab. Manap

Nurul Aini Mohd Yusof & Muhammad Ali Hanapiah Ab. Manap

Jilid 5 No 2

Tekanan haba merupakan istilah yang digunakan apabila berlaku peningkatan suhu persekitaran yang ketara serta mampu mendatangkan mudarat tidak hanya kepada manusia, namun kepada haiwan ternakan. Pada keadaan suhu persekitaran yang terlalu tinggi, ternakan tidak dapat mengawal serta mengimbangi suhu badan secara normal dan situasi ini lebih dikenali sebagai hipertermia. Sekiranya tidak ditangangi dengan segera, kebarangkalian akan berlaku gangguan pada fisiologi haiwan di mana ia tidak dapat berfungsi secara normal dan akhirnya akan menyebabkan kematian. Dalam industri penternakan lembu tenusu, tekanan haba pada ternakan menyebabkan pengurangan produktiviti pengeluaran susu dan secara tidak langsung menjejaskan pendapatan penternak.