Sharil Azwan Mohd Zain
Jilid 5 No 1
“Kekurangan kawasan pertanian yang subur, tekanan pembangunan bandar dan peningkatan populasi mendorong kepada permintaan hasil yang tinggi”. Ini merupakan dilema yang sedang dihadapi industri pertanian dan penternakan negara. Keperluan untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti pada tahap yang optimum mendorong kepada pelbagai inovasi dihasilkan bagi memenuhi keperluan manusia sejagat.
Usaha memodenkan industri ternakan dengan mengimplementasikan teknologi pertanian pintar (smart farming) dalam pengurusan ladang ternakan giat dijalankan pelbagai pihak. Melalui aplikasi teknologi baru, ia diharapkan dapat membantu pengusaha ladang ternakan yang berhadapan isu-isu seperti peningkatan permintaan, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos input pengeluaran dari tahun ke tahun.
Di antara teknologi pertanian pintar yang semakin popular dan mendapat tempat di kalangan pengusaha ladang ternakan adalah penggunaan dron bagi memantau ternakan dan menguruskan sumber makanan ternakan di ladang.