Tuberkulosis Pada Haiwan: Apa yang Perlu Kita Tahu ?

Roseliza Roslee

Roseliza Roslee

Jilid 4 No 2

Tentu anda biasa mendengar mengenai penyakit TB, bukan? Penyakit TB sering kali dilaporkaan menjangkiti manusia, namun, penyakit ini boleh menjangkiti haiwan seperti lembu, gajah, ayam, bebiri dan sebagainya. Penyakit TB merupakan penyakit kronik serta berterusan dalam jangka masa panjang bermula dari berlakunya jangkitan sehingga tanda klinikal dikesan.