Vaksin Hawar Berdarah:Inovasi Terbaik Penyelidik DVS

Azrulnizam Jaafar, Lily Suhaida Mohd Sojak & Nurulaini Raimy

Azrulnizam Jaafar, Lily Suhaida Mohd Sojak & Nurulaini Raimy

Jilid 1 No 2

Penularan wabak penyakit Hawar Berdarah (HS) yang berlaku pada bulan Jun 2017 di negeri Terengganu telah mengakibatkan kematian sebanyak 253 ekor lembu dan kerbau serta menyebabkan kerugian kepada penternak yang dianggarkan hampir RM1.265 juta. Penyakit Hawar Berdasah atau Haemorrhagic Septicemia (HS) merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.