Vaksin NDVAC 1174/08 & Keberkesanannya

Dr. Niny Fariza Junoh, Dr. Mohd Iswadi Ismail, Sarizan Sabari, Jamaliah Hamid, Hanif Shafei, Suriani Mohd Noor & Goon Swee Chong

Dr. Niny Fariza Junoh, Dr. Mohd Iswadi Ismail, Sarizan Sabari, Jamaliah Hamid, Hanif Shafei, Suriani Mohd Noor & Goon Swee Chong

Jilid 6 No 1

NDVAC 1174/08 merupakan vaksin virus hidup yang disediakan dalam bentuk ‘freeze-dried’ (kering beku) hasil daripada olahan virus ND strain 1174/08. Virus ND strain 1174/08 merupakan virus ND strain lentogenik yang diasingkan daripada itik yang sihat dan tidak divaksinasi dari sebuah ladanag di Perak. Virus ini telah melalui beberapa proses pencirian dan adaptasi sehingga ianya sesuai untuk dijadikan Master Seed untuk pengeluaran vaksin virus ND. Vaksin ini adalah selamat untuk diberikan kepada ayam sihat bermula pada umur 10 hari ke atas.