Virus Avian Influenza Siri 2

Faizul Fikri Mohd Yusop

Faizul Fikri Mohd Yusop

Jilid 5 No 1

Pada tahun 2004, Malaysia telah mengesan kes pertama jangkitan virus Avian Influenza (AI) pada ayam kampung di Pasir Pekan, Kelantan yang terletak pada jarak 22 km dari sempadan Thailand. Pada ketika itu, dikatakan sebanyak lebih 60 ekor ayam kampung telah dijangkiti oleh virus tersebut. Selepas ujian pengesahan dan pencirian oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dijalankan, virus tersebut diklasifikasikan sebagai virus Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) suptip H5N1. Menurut OIE, virus berbahaya tersebut telah menyebabkan beberapa siri wabak di kalangan negara-negara Asian pada akhir 2003 dan masih berterusan hingga kini. Kesan jangkitan wabak HPAI di Malaysia pada ketika ini telah mengakibatkan implikasi terhadap aktiviti eksport terutama ke Singapura.