Chang K.W.
Initiatif dayajejak dalam industri ternakan bermula dari Eropah. Dayajejak ternakan menjadi suatu perhatian yang serius selepas penyebaran penyakit ?mad cow disease? di Eropah. Ini diikuti dengan undang-undang dan cadangan-cadangan lain termasuk kertas putih Keselamatan Makanan oleh Kesatuan Eropah (EU) yang melibatkan dayajejak merangkumi semua aspek produk makanan daripada “ladang ke meja” termasuk seluruh rantaian makanan termasuk pengeluaran makanan ternakan. Rekod untuk dayajejak dianggap perlu untuk membantu mengesan punca dan destinasi pergerakan ternakan supaya pengesanan ternakan yang berisiko dan kawalan penyakit dapat dikendalikan dengan cepat. Dayajejak melibatkan pencarian maklumat dalam pangkalan data serta penandaan ternakan dengan kod pengenalan yang unik. Cara penandaan semasa mungkin dalam bentuk tag telinga terlihat atau tag ?Radio Frequency Identification (RFID)?.Selepas sembelih, produk ternakan boleh ditanda dengan RFID atau bar-kod untuk pengesanan dayajejak dari punca.