Marni binti Sapar, Dr Marzura Md Rodzi, Faridah@Faridzah Ismail, Khairunnisak Mohsin dan Suhaimi Dollah Bahagian Penyelidikan dan Inovasi dan Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Ancaman kesihatan pada haiwan ternakan boleh memudaratkan kesihatan haiwan itu sendiri,pada hasil ternakan ,pada penernak dan juga pada dan juga pada kesihatan pada yang makan produk seperti daging daripada ternakan.Penyakit ternakan mudah merebak jika tidak dikawal dengan baik disebabkan faktor cuaca dimana keadaan iklim tropika dengan kelembapan tingi yang memudahkan penularan wabak.Sebagai langkh awal dalam proses pencegahan penyakit penternak mengambil melaksanaan cegah penyakit dari awal dengan penggunaaan drug seperti antibiotik.Untuk mengelakkan jangkitan kuman yang serius terhadap haiwan ternakan. Drug veterinar adalah sekumpulan bahan kimia yang terdiri daripada pelbagai kelas untuk penggunaan rawatan. Jenis-jenis drug veterinar adalah seperti antibiotik, antiparasitik, ‘non-steroidal antiinflammatory drugs’ (NSAlDs) dan hormon. Drug veterinar biasanya digunakan untuk mencegah atau menyembuhkan penyakit, mengurangkan potensi penyakit atau sebagai penggalak pertumbuhan (growth promoter).Langkah pencegahan dengan menggunakan drug pada haiwan ternakan itu masih terdapat risikonya seperti sisa atau residu drug veterinar yang mungkin terdapat pada sesuatu hasil ternakan seperti daging, susu dan telur. Sisa drug ini berkemungkinan besar tertinggal di dalam sistem tubuh haiwan ternakan selepas rawatan antibiotik dilakukan.Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang tidak dengan ß-agonist tanpa ß-agonist mengikut dos yang ditetapkan atau digunakan secara berleluasa tanpa kawalan yang sepatutnya.Penggunaan drug terlarang atau penyalahgunaannya boleh menyebabkan bakteria menjadi kebal (rintang) terhadap sesuatu drug yang digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit yang dihadapi oleh manusia atau ternakan “Anti Microbial Resistance”.Sebagai langkah Kawalan dan Pencegahan penternak perlu amalkan Amalan Penternakan Yang Baik (MyGAP) akan memastikan penggunaan drug veterinar di ladang dilakukan dengan betul dan tepat