: Nurshuhada 901ahudin Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Burung walit merupakan burung yang sangat unik berbanding burung-burung Iain kerana menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Burung kecil ini seringkali disalah anggap sebagai burung layang-layang. Namun ciri-ciri istimewa burung walit yang membezakannya dari bUfung layang-layang ialah saiz badannya yang kecil.Perbezaan diantara burung walit dan burung layang-layang ialah sarang burung layang-layang diperbuat daripada rumput, tanah liat, ranting dan bulu serta tidak boleh dimakan, manakala sarang burung walit diperbuat daripada rembesan air lur yang berwarna putih adalah sumber zat makanan.Burung walit adalah burung yang setia,walaupun mampu terbang sehingga 50km sehari akan tetapi burung walit tetap pulang ke sarangnya.
Secara semulajadi burung walit suka bersarang di tempat tempat gelap dan lembab.
Bagi rumah burung walit yang dibina di dalam rumah kedai atau kawasan penempatan yang padat, para pengusaha mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dari aspek kelulusan untuk membina rumah burung walit, kebersihan rumah burung walit dan kelantangan bunyi audio juga hendaklah tidak melebihi had agar tidak menggangu jiran-jiran disekitar Kesediaan pengusaha untuk mematuhi peraturan bukan sahaja menjamin keamanan persekitaran penduduk, juga menjamin kelangsungan kuwujudan rumah burung walit tersebut untuk jangka masa panjang tanpa ada aduan.