pre-loader

Research Article Library

Find Your Article

flower

PENGHASILAN KULTUR SEL HATI EMBRIO AYAM (CEL) UNTUK UJIAN PENEUTRALAN SERUM BAGI ADENOVIRUS AYAM (FAdV)

Share Now

Adenovirus ayam (FAdV) merupakan patogen utama bagi inclusion body hepatitis (IBH), sindrom hepatitis-hydropericardium (HHS) dan avian gizzard erosion (AGE) dalam ayam. Di Malaysia, kes pertama IBH yang dikaitkan dengan jangkitan FAdV telah dilaporkan pada tahun 2005, sejak dari itu wabak IBH dilaporkan secara meluas di beberapa ladang di Malaysia. Jangkitan FAdV sering dikaitkan morbiditi yang rendah, tetapi kematian biasanya dalam julat 5 hingga 10% (boleh mencecah sehingga 30%). Program vaksinasi terhadap FAdV telah dilaksanakan secara meluas, namun kes jangkitan FAdV masih dilaporkan di ladang ayam dan melibatkan pelbagai serotip. Di makmal, dua teknik yang sering digunakan untuk pentitratan FadV, iaitu  menggunakan telur bebas-patogen khas (SPF) dan kultur sel. Telur SPF didapati kurang berkesan dalam menentukan tahap kekuatan FAdV. Oleh itu, kebanyakan kajian beralih kepada kultur sel untuk penentuan kekuatan FAdV. Antara kultur sel yang digunakan ialah kultur sel hati embrio ayam (CEL). Kultur sel CEL digunakan secara meluas sebagai perumah alternatif untuk diagnosis penyakit berjangkit virus unggas, pemencilan virus dan pengeluaran vaksin. Kajian ini melaporkan keupayaan dan keberkesanan kultur sel CEL bagi kegunaan ujian Peneutralan Serum (SNT) yang digunakan bagi mengukur tahap antibodi.

 

Kata kunci: Adenovirus, kultur sel hati embrio ayam (CEL), Ujian peneutralan serum (SNT).

File Type: pdf
File Size: 937 KB
Categories: Penyelidikan Kesihatan Veterinar
Tags: Adenovirus, kultur sel hati embrio ayam (CEL), Ujian peneutralan serum (SNT)
Back to Top Button