pre-loader

Research Article Library

Find Your Article

flower

TITANIUM DIOKSIDA: PENYELESAIAN NANOTEKNOLOGI UNTUK RAWATAN AIR SISA TERNAKAN

Share Now

Penghasilan sisa daripada aktiviti penternakan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
Pengurusan sisa yang tidak efektif menyebabkan berlakunya pencemaran daripada ladang
penternakan. Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling oleh Jabatan Alam Sekitar, aktiviti
penternakan babi merupakan antara punca utama pencemaran sungai di Malaysia. Buat masa
ini, kebanyakan ladang penternakan babi menggunakan kaedah kolam bersiri bagi merawat air
sisa sebelum dilepaskan ke saliran awam. Nanoteknologi boleh digunakan sebagai teknologi
alternatif dalam rawatan air sisa. Kajian ini mengkaji potensi bahan nano fotopemangkin iaitu
titanium dioksida (TiO2

) untuk rawatan air sisa penternakan. Sampel air sisa diambil dari
sebuah ladang penternakan babi di Negeri Sembilan. Sampel air sisa dirawat menggunakan
0.3 g/L TiO2 di bawah cahaya ultra ungu selama 120 minit di dalam fotoreaktor.
Keberkesanan rawatan air sisa menggunakan TiO2 ditentukan melalui pengukuran spektra serapan menggunakan mesin spektrofotometer. Selain itu, kualiti air turut ditentukan berdasarkan nilai keperluan oksigen biokimia (BOD) dan keperluan oksigen kimia (COD). Keputusan spektra serapan menunjukkan nilai serapan yang tinggi sebelum rawatan, dan nilai serapan yang rendah setelah air sisa dirawat menggunakan TiO2. Kadar serapan air sisa dapat dikurangkan sehingga 57% pada akhir rawatan. Selain itu, parameter pencemaran air sisa turut dikurangkan sebanyak 57% bagi BOD dan 62% bagi COD. Perubahan warna air sisa juga dapat dilihat ketara pada sebelum dan selepas rawatan menggunakan TiO2. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah rawatan air sisa industri ternakan menggunakan bahan nanoteknologi seperti TiO2 boleh diaplikasikan dan berpotensi untuk diteroka dengan lebih lanjut. Kajian lebih lanjut perlu dilakukan bagi menguji keberkesanan TiO2 di peringkat
lapangan.

Categories: Penyelidikan Pengeluaran Ternakan
Back to Top Button