Dr Akma Ngah Hamid, Marina binti Abdul Rahman, Nurzia binti Isa dan Kasmah binti Said
Penggunaan ?3M Molecular Detection Assay Salmonella? dalam pengesanan patogen Salmonella dalam produk makanan hanya melibatkan proses amplifikasi gen sasaran spesifik dan dikesan melalui bioluminescence secara automasi tanpa melibatkan proses gel elektroforesis. Dengan menggunakan teknik ini, kaedah pengesanan patogen Salmonella yang cepat, tepat, sensitif dan spesifik telah dibangunkan dan boleh digunapakai untuk tujuan meningkatkan keupayaan dan kapasiti perkhidmatan makmal dalam program
pemantauan keselamatan makanan kebangsaan.