pre-loader

Research Article Library

Find Your Article

flower

PENILAIAN AWAL TAHAP PENGETAHUAN PEMEGANG TARUH DALAN PENGANGKUTAN

Share Now

Pengangkutan haiwan merupakan komponen kritikal dalam rantaian pengeluaran ternakan
yang memberi implikasi langsung terhadap tahap kebajikan haiwan. Namun, tahap
pengetahuan dan kefahaman pemegang taruh mengenai keperluan kebajikan semasa proses
pengangkutan masih kurang didokumentasikan di Malaysia. Kajian ini bertujuan menilai tahap
pengetahuan dan persepsi pemegang taruh mengenai pengangkutan haiwan serta maklum
balas mereka terhadap cadangan pembangunan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan
(Pengangkutan Haiwan). Satu soal selidik dalam talian dijalankan dan menerima 48 respons
daripada pelbagai kategori responden termasuk pemilik haiwan (33.3%), doktor veterinar
(31.3%), agensi kerajaan (16.7%) dan lain-lain. Majoriti responden (75%) mempunyai latar
belakang pendidikan formal dalam bidang pertanian/veterinar, manakala 39.6% mempunyai
pengalaman lebih 10 tahun bekerja dengan haiwan. Analisis menunjukkan tahap sokongan
yang tinggi terhadap elemen kebajikan haiwan dalam cadangan peraturan, termasuk
penggunaan kenderaan khas (81% setuju), perlindungan daripada cuaca (93.2%), spesifikasi
bakul/sangkar (97.7%), penyediaan ruang mencukupi (97.7%) dan keperluan ID haiwan
(97.7%). Walaupun begitu, aspek penyediaan makanan dan air menunjukkan tahap
persetujuan yang lebih rendah (79.5%). Kesemua responden (100%) bersetuju bahawa
pemilik, pengendali dan pengangkut haiwan perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang
munasabah sebelum, semasa dan selepas perjalanan bagi mengelakkan kecederaan atau
penderitaan. Dapatan ini mencadangkan bahawa walaupun pengetahuan asas dan tahap
kesedaran adalah positif, garis panduan teknikal yang lebih terperinci serta mekanisme
penguatkuasaan diperlukan bagi memastikan kebajikan haiwan terjamin sepanjang proses
pengangkutan.

Kata kunci: kebajikan haiwan, pengangkutan haiwan, pemegang taruh, peraturan, Malaysia

File Type: pdf
File Size: 969 KB
Categories: Penyelidikan Pengeluaran Ternakan
Tags: kebajikan haiwan, Malaysia, pemegang taruh, pengangkutan haiwan, peraturan
Back to Top Button