LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

Bahagian Penyelidikan Veterinar ditubuhkan pada tahun 2008 selepas penstrukturan semula Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS). Pada masa itu, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan & Inovasi (BPI) dan ditempatkan di Aras 1, Blok Podium 1A, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.  Pada tahun 2020, DVS sekali lagi mengalami penstrukturan semula dan nama bahagian ditukar kepada Bahagian Penyelidikan Veterinar.

Sebelum BPV ditubuhkan, Pegawai Penyelidik ditempatkan di pelbagai bahagian, institusi dan makmal di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta urusan pentadbiran dan penyelidikan Pegawai Penyelidik adalah dibawah pejabat dimana mereka ditempatkan. Dengan adanya BPI, urusan pentadbiran Pegawai Penyelidik dari segi perjawatan, kenaikan pangkat, penukaran, latihan dan sebagainya dipusatkan di BPV.  Perancangan dan pemantauan penyelidikan yang dijalankan oleh Pegawai Penyelidik juga dapat dilakukan secara lebih bersistematik dan teratur.

BPV juga bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti inovasi dengan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta Pertandingan Inovasi. Bermula pada tahun 2011, BPV menjadi penganjur utama Majlis Persada Inovasi peringkat Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang diadakan secara tahunan.

Bagi menyebarkan penemuan-penemuan hasil penyelidikan dan teknologi terkini, BPV menjadi sidang redaksi kepada dua penerbitan ilmiah utama jabatan iaitu Malaysia Journal of Veterinary Research dan Buletin Bicara Veterinar. 

Address

Bahagian Penyelidikan Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Wisma Tani, Blok Podium 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630, Putrajaya
MALAYSIA

Fungsi Bahagian

Fungsi BPV

Lihat

Carta Organisasi

Carta OrganisasiBPV

Lihat

Mesej Pengarah

Pengarah BPV

Lihat

Direktori Bahagian

Direktori BPV

Lihat